Cari Blog Ini

Jumlah Paparan Halaman

Catatan Popular Minggu Lepas

Sabtu, 2 Disember 2017

Tauke Perabot Dedah Rahsia “Untung Besar” Dengan SHOP LOT

Image result for bisnes beli lot
ANTARA BANGLO  RM400,000 VS KEDAI RM600,000
MANA MENJADI REBUTAN?
Aku: “Tauke, you buka kedai perabot ini boleh untung ke dalam kampung? You ambil empat pintu, atas bawah. Bayaran sewa mahu mencecah RM12,000 sebulan.”
Tauke: “Antara sebuah rumah banglo yang berharga RM400k VS Kedai RM600k, yang mana menjadi rebutan? Chinese will strive for kedai RM600k. Beli kedai ini macam pasang jerat. Ada hari tak dapat hasil, sekali dapat hasil, makannya sedap. Jerat yang bagus hasilnya adalah di kawasan laluan haiwan. Kedai yang bagus adalah di gugusan kedai-kedai atau di tengah bandar.”

Taktikal Seorang Tauke membeli kedai

“Biar rumah kecil, duduk di dalam stor pun tak mengapa! Janji duit kita pergi bayar beli kedai maa!”
1. Beli Kedai Nisbah Tiga.
Beli kedai di dalam gugusan kawasan perniagaan, beli tiga kedai sekaligus dalam kawasan sama, Kenapa? Satu kedai untuk berniaga sendiri. Dua kedai untuk disewakan kepada orang lain.
2.  Formula Matematik Yang Diajar Oleh Tauke;
Harga Kedai, RM400,000 per unit. Tiga Kedai sama dengan RM1.2 juta. Bayaran bulanan RM8,000 x 20 tahun dua kedai disewakan pada harga bulanan RM4,000.
Maka jumlah sewaan = RM8,000 guna untuk bayar bank.
???? Ingat, sewaan meningkat setiap perjanjian dua tahun.
???? Satu kedai guna untuk buat business sendiri 
???? Ada dapat duit lebih bayar kat bank, cepat – cepat kasi settle loan Bank. Ada duit lebih simpan untuk beli jerat baru!
3. Make Your Account Strong.
Dua buah kedai disewakan, satu kedai guna untuk berniaga sendiri. Memang akaun nampak strong untuk apply loan beli kedai kedai di gugusan perniagaan yang lain.
4. Networking Business.
Tak ada duit nak beli kedai? Suruh bapa saudara you yang kerja kerajaan pergi beli kedai tersebut, you masuk buat berniaga dalam itu. Bapa saudara kena bayar bank RM5,000 sebulan, you bayar sama dia RM7,000. Kasi sikit sama dia.
5. Adik Beradik Yang Bekerjasama.
Dalam keluarga, mesti ada orang yang bekerja dengan kerajaan atau orang yang kerjanya mudah buat loan. Sewa kedai dari adik beradik je, duit pusing sama-sama kita juga.Abang saya beli kedai dan sewakan kepada kami adik beradik. Kami pun sewa dan buat perniagaan. Duit niaga digunakan untuk membayar loan abang la. Masing masing jaga periuk nasi adik beradik. Takkan dengan adik beradik sendiri pun you mau tikam? Takkan adik beradik sendiri pun you mau hentam kasi makan?Diluar sana, ada pelbagai taktik dan teknik perniagaan yang dibuat oleh orang lain. Stay hunger, stay foolish 
Disebabkan Tauke Cina itu dah ajar aku ilmu berniaga, asalnya nak beli barang total kos RM1,000 sahaja, sudah beli berlebih-lebih tiga kali ganda. 
 Tujuan Paih Sufi beli tiga kali ganda dengan Tauke Perabot;
????“relationship”sudah tentu anda perlu berkawan-kawan dengan orang yang lebih tinggi banyak ilmu & pengalaman dari anda
???? Plant a seed – Tauke sudah bagi Tips yang sangat baik and valuenya jauh lebih tinggi daripada wang yang ada di dalam akaun anda… so cepat – cepat tanam benih di tanah yang bagus. Pokok yang akan tumbuh pasti  subur & dapat tumbuh cepat serta hasilkan banyak buah dikemudian hari.
???? Create Value –  sampaikan mesej “nilai” anda adalah tinggi. satu orang beli ibarat sepuluh orang mai beli loo.   
???? Build Trust – trust suatu eleman yang paling penting dalam perniagaan tanpa trust your are nobody.
(Catatan yang ini bukan Faiz Sufi tulis, aku saja buat analisa mai tambah sendiri… lol)
Money is NOTHING, Knowledge is EVERYTHING
Sumber: Faiz Sufi  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

HAK ANDA UNTUK KOMEN

Nak beli domain dan nak buat website? boleh cuba link yang di beri...

Nak beli domain mudah dan servis terbaik....  https://secure.gbnetwork.com/aff.php?aff=778    klik banner yang kami beri ini...   Testim...

Catatan Paling Popular